Friday, December 30, 2011

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE


Group MTB County Homes akan menyertai  ENDURANCE RIDE pada 14 jan 2012 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (PEKA)  iaitu kayuhan ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘ bertempat di Bestari Jaya, Selangor.

Penyertaan kayuhan yang disertai seramai 5 orang wakil tegar CHmtbR dan 1 orang import dari Ceras. Borang penyertaan dan slip pembayaran telah di hantar untuk pendaftaran penyertaan. Pihak admin blogs Country Homes mtb Riders telah diberi tanggunjawab untuk berkomunikasi dengan pihak penganjur bagi tujuan pendaftaran dan pekara-pekara lain.

Kepada akhli-akhli yang terlibat dalam penyertaan kayuhan  ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘ ini dapat memberi tumpuan dan latihan yang secukupnya bagi meletakkan group MTB Country Homes mtb Riders ini kenali dan disegani, dan bagi akhli-akhli yang tidak terlibat diharap dapat melengkapkan diri untuk sama-sama beraksi di penganjuran-penganjuran kayuhan yang lain.

Dibawah ini adalah nama-nama akhli yang menyertai kayuhan  ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘.

1. Ahmad Zaki Abdullah
2. Ungku Ariffin Ungku Ahmad
3. Mohd. Rahim Bin Mohd. Keian
4. Shahidin Abu
5. Amirulshakir Bin Rahamat
6. MohammadSuhaili Othman

Friday, December 23, 2011

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE -:-14 January 2012

 

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE
Tarikh - 14 Januari 2012 ( Sabtu ke 2 )
Jarak Kayuhan - off road 40 km ++
Yuran Penyertaan - RM 50.00
Tarikh Tutup Penyertaan - 01 Januari 2012

Setiap peserta akan menerima goodies bag, Jersey, sijil penyertaan, cabutan bertuah, makan pagi/tengahari sambil menyumbang kepada anak - anak yatim

' Ranking  Medals ' akan dianugerahkan kepada peserta yang menamatkan kayuhan mengikut kategori seperti di bawah :

Kategori Lelaki Terbuka ( 18 tahun - 39 tahun )
Tempat 1 - 100

Kategori Veteran ( 40 tahun ke atas )

Tempat 1 - 50


Kategori Wanita Terbuka
Tempat 1 - 30


Kategori PEKA
Tempat 1 - 20


Kategori Junior ( 13 tahun - 17 tahun )
Tempat 1 - 20

Disamping itu terdapat acara sampingan semasa kayuhan dijalankan seperti :

- Gerai makanan
- Majlis amal untuk anak - anak yatim
- Pertunjukan permainan RC
- Derma Darah
- Booth agensi kerajaan Polis, Bomba, Kementerian Kesihatan
- Permainan untuk keluarga
- Water Hunter
- Dart
- Sand Art
- Badut / Belon
- Sukaneka

dan banyak lagi...

Wednesday, December 21, 2011

Angkatan Burung Hantu CHmtbR


20 Dis 2011, Geng-geng CHmtbR telah berjaya menganjurkan kayuhan yang bertajuk "Angkatan Burung Hantu CHmtbR". Angkatan ini yang pada mulanya disertai oleh 5 riders dan pada akhirnya hanya diserai oleh 4 orang riders, penarikan diri seorang riders adalah disebabkan kesihatan (beliau telah mengistiharkan yang beliau tidak sihat pada lingkungan jam 4ptg, di sokong oleh Dotor ). Walau pun hanya berbakikan 4 orang riders kayuhan Angkatan Burung Hantu CHmtbR tetap diteruskan.

Angkatan Burung Hantu CHmtbR telah bersetuju untuk mengunakan laluan Bandar Country Homes dan Laluan Bandar Emerald tetapi telah di tukar kepada laluan Bandar Country Homes dan Bandar Tasik Putri atas sebab-sebab laluan yang amat sibuk disebab kan hari kedua pembukaan pusat membeli belahJaya Jasco Rawang. 

 Kronologi:- 

Start
9:30malam: Bilatan Bandar Country Homes
- Berbincang untuk menukar laluan (Laluan sesak kerana ramai orang berkunjung ke Jasco)
- Laluan di ubah - Country Homes~Bandar Tasik Puteri
- Mengalualukan kehadiran akhli baru, Saudara Sani (rock kemenyan).



9:40 malam: Kayuhan dimulakan.

- Laluan amat merbahaya kerana keadaan yang gelap dan kenderaan yang agak banyak.
kami mengatur barisan yang mana perserta kayuhan yang tidak memiliki lampu yang terang dan lengkap berada ditengah dan peserta yang memiliki lampu yang lengkap berada dihadapan dan belakang.

Kayuhan berlangsung selama lebih kurang 2o~30 minit.

10:15 malam: Tiba di Bandar Tasik Puteri.
- Berehat di gerai sambil minum-minum dan bertukar-tukar cerita.
- Masa amat mencemburui.





11:00 malam: bertolak balaik ke Bandar Country Homes.
- Dalam perjalanan sesi bergambar kenang-kenangan.




11:45 malam : Sampai di Bandar Country Homes.

Bersurai.....

Kami mengalualukan penyertaan seberapa ramai rider untuk menyertai kami, kayuhan "Angkatan brung hantu" bagi bertujuan menambahkan stamina kayuhan dan menambah akhi baru Country Homes MTB Riders.




Monday, December 19, 2011

Borak-Borak tentang Jersey

Di bawah ini adalah design Jersey dari Rider Amirul dan sila beri pandangan dan tambahan, ada lagi design2 dari rider2 yang lain yang masih belum sempat di Up kan.....