Photo terbaik dari Ahmad Nasir
Penyertaan yang bermula pada malam sabtu dari mengambil plet number dan jersey penganjuran hingga lah lewat tengah hari sabtu iaitu berakhir pada jam 3:30 ptg. Terdapat beberapa kelemahan yang mungkin dapat di perbaiki oleh pihak penganjur, iaitu saiz jersey yang tidak mengikut seperti didalam borang pendaftaran, lain-lain hal tiada masalah, Mengenai trek atau laluan kayuhan amatlah mencabar, bagi perserta CHmtbR ianya terbaik walaupun terpaksa meredah bukit-bukit yang amat meletihkan.
Goodies dan cendermata pingat emas bagi perserta yang berjaya menamatkan kayuhan
Kronologi CHmtbR:- Kayuhan Sungai Selangor Phase 2 Endurance Ride , 14 Jan 2012.
7:00pagi: Perserta kayuhan CHmtbR berkumpul di 7E bandar Country Homes untuk membeli beberapa bekalan untuk mengisi perut semasa kayuhan.
7:10pagi: Bertolak ke dewan Dewan kaki tangan puncak niaga. (melalui laluan Bandar tasik Putri dan Kota Putri.
7:30pagi : Selamat tiba di padang meletak kereta berdekatan Dewan Kaki Tangan Puncak Niaga.
Perserta CHmtbR bersiap sedia dengan basikal dan kelengkapan masing-masing.
8:10pagi: Perserta kayuhan Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride dengan rasminya di lepaskan....berkayuh.....
berbagai halangan dan cabaran di tempuh....bukit, jambatan kayu, laluan sehala, laluan berair dan yang paling mencabar menurun bukit berbatu......
Ramai rider yang mengalami kekejangan otot, termasuk salah seorang rider CHmtbR. Mereka terpaksa di bawa keluar dari lalaun kayuhan mengunakan pacuan 4 roda.
Terdapat juga yang mengalamai kecerderaan yang agak serious terpaksa diberikan rawata segera.
Lebih kurang jam 1:00petang: Ramai rides-rides telah berjaya menamatkan kayuhan dan upecara cabutan bertuah dijalankan...serta makan tengah hari.
2:30petang-3;00petang: Majlis cabutan bertuah tamat dan riders-riders bersurai.
Jom layan Gambar.
Dari lensa riders CHmtbR
Kami dari Coutry Homes mtb Riders mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah bertungkus lumus untk menjayakan program kayuhan ini, serta diharapkan pihak PEKA dapat menganjurkan lagi kayuhan endurance ini lagi di tahun-tahun akan datang.
Salam buat geng CHmtbR..
ReplyDeleteTerima kasih diatas penyertaan untuk Sungai Selangor Endurance Ride 2012..Kami akan perbaiki kelemahan kami untuk penganjuran dimasa akan datang..Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti..Insyallah..
Sekalung tahniah buat rider2 yang berjaya menamatkan full course trail..Kami telah cuba sehabis baik untuk anda semua..
Sekian, Terima Kasih..
Fahmi b Mohd Tauhid