Friday, January 27, 2012
Thursday, January 19, 2012
Kayuhan Maulidur Rasul 1433 2012
Sunday, February 5, 2012
Time 8:30am until 11:30am
Blok 27A, Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri
Description
Di jemput para Rider Muslimin dan muslimat untuk sama-sama berkayuh sempena sambutan Maulidur Rasul.
Jarak:20km++ (30% onroad 70% offroad)
Penyertaan:Terhad 150 orang sahaja(MTB)
Yuran Penyertaan:RM15 seorang
Kupon sarapan pagi akan diberikan pada peserta
Air/Pisang di sediakan di checkpoint
Kayuhan 5km pertama secara berkumpulan sambil berselawat,kemudian anda bolehlah mengayuh mengikut keupayaan masing2
Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran: 31 January 2012
Pakaian:Digalakkan jika Lelaki seluar melepasi paras Lutut manakala wanita hingga bukulali sempena menghormati Majlis ini.Helmet wajib
Organizer : Ya'AFUR BIKERZ ,Bandar Tasik Puteri
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :En: Mohamad 017-3177974 atau PM di facebook.
Sunday, January 15, 2012
Hari kayuhan - SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE
Photo terbaik dari Ahmad Nasir
Penyertaan yang bermula pada malam sabtu dari mengambil plet number dan jersey penganjuran hingga lah lewat tengah hari sabtu iaitu berakhir pada jam 3:30 ptg. Terdapat beberapa kelemahan yang mungkin dapat di perbaiki oleh pihak penganjur, iaitu saiz jersey yang tidak mengikut seperti didalam borang pendaftaran, lain-lain hal tiada masalah, Mengenai trek atau laluan kayuhan amatlah mencabar, bagi perserta CHmtbR ianya terbaik walaupun terpaksa meredah bukit-bukit yang amat meletihkan.
Goodies dan cendermata pingat emas bagi perserta yang berjaya menamatkan kayuhan
Kronologi CHmtbR:- Kayuhan Sungai Selangor Phase 2 Endurance Ride , 14 Jan 2012.
7:00pagi: Perserta kayuhan CHmtbR berkumpul di 7E bandar Country Homes untuk membeli beberapa bekalan untuk mengisi perut semasa kayuhan.
7:10pagi: Bertolak ke dewan Dewan kaki tangan puncak niaga. (melalui laluan Bandar tasik Putri dan Kota Putri.
7:30pagi : Selamat tiba di padang meletak kereta berdekatan Dewan Kaki Tangan Puncak Niaga.
Perserta CHmtbR bersiap sedia dengan basikal dan kelengkapan masing-masing.
8:10pagi: Perserta kayuhan Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride dengan rasminya di lepaskan....berkayuh.....
berbagai halangan dan cabaran di tempuh....bukit, jambatan kayu, laluan sehala, laluan berair dan yang paling mencabar menurun bukit berbatu......
Ramai rider yang mengalami kekejangan otot, termasuk salah seorang rider CHmtbR. Mereka terpaksa di bawa keluar dari lalaun kayuhan mengunakan pacuan 4 roda.
Terdapat juga yang mengalamai kecerderaan yang agak serious terpaksa diberikan rawata segera.
Lebih kurang jam 1:00petang: Ramai rides-rides telah berjaya menamatkan kayuhan dan upecara cabutan bertuah dijalankan...serta makan tengah hari.
2:30petang-3;00petang: Majlis cabutan bertuah tamat dan riders-riders bersurai.
Jom layan Gambar.
Dari lensa riders CHmtbR
Kami dari Coutry Homes mtb Riders mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah bertungkus lumus untk menjayakan program kayuhan ini, serta diharapkan pihak PEKA dapat menganjurkan lagi kayuhan endurance ini lagi di tahun-tahun akan datang.
Sunday, January 8, 2012
Terkini info dari Sungai Selangor Endurance Ride
Laluan rasmi, dan terkini.
Note dari pihak penganjur.
Tarikh pengambilan Goodies adalah pada 13 Januari 2012 di Dewan Kakitangan Puncak Niaga, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa II, Bestari Jaya dari jam 10.00 pagi ke 10.00 malam.
Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal jam 7.00 pagi pada 14 Januari 2012.
Check In - Jam 07:30 pagi - 08: 15 pagi
Perlepasan Peserta ( Flag Off ) - Jam 08:30 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)