Showing posts with label Jamboree. Show all posts
Showing posts with label Jamboree. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

BlackBajak VS Giant

Di BigBomb Skudai Johor...15.04.2012

Alkisahnya...
Seawal jam 0830pg.....

Don dan Aim mencuba untuk menerima sahutan dan cabaran 56km BigBomb...

Menariknya alam semulajadi bukti kebesaran yang Maha Esa
Laluan yang hebat dan penuh dengan ketabahan hati

kurangnya bekalan
kurangnya latihan
kurangnya stamina
kurangnya sarapan

Dan akhirnya

kami tewas

205-206 dari 3++ penyertaan
0830pg - 0300ptg

kepuasan
padan muka aku
Warghhhhhhhh


Demi Maruah CHmtbRiders a.k.a. ALON2cycling kayuhan mesti diteruskan hingga ke akhir garisan penamat
la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la


Sunday, January 15, 2012

Hari kayuhan - SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE

 Photo terbaik dari Ahmad Nasir

14 jan 2012, Sabtu geng-geng CHmtbR beraksi lagi di SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE, anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (PEKA). Perserta kayuhan CHmtbR yang pada mulanya di sertai seramai 6 orang riders tetapi hanya 3 riders yang hadir, 3 riders terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. 

Penyertaan yang bermula pada malam sabtu dari mengambil plet number dan jersey penganjuran hingga lah lewat tengah hari sabtu iaitu berakhir pada jam 3:30 ptg. Terdapat beberapa kelemahan yang mungkin dapat di perbaiki oleh pihak penganjur, iaitu saiz jersey yang tidak mengikut seperti didalam borang pendaftaran, lain-lain hal tiada masalah, Mengenai trek atau laluan kayuhan amatlah mencabar, bagi perserta CHmtbR ianya terbaik walaupun terpaksa meredah bukit-bukit yang amat meletihkan.

Goodies dan cendermata pingat emas bagi perserta yang berjaya menamatkan kayuhan

Kronologi CHmtbR:- Kayuhan Sungai Selangor Phase 2 Endurance Ride , 14 Jan 2012.
7:00pagi: Perserta kayuhan CHmtbR berkumpul di 7E bandar Country Homes untuk membeli beberapa bekalan untuk mengisi perut semasa kayuhan.

7:10pagi: Bertolak ke dewan Dewan kaki tangan puncak niaga. (melalui laluan Bandar tasik Putri dan Kota Putri.

7:30pagi : Selamat tiba di padang meletak kereta berdekatan Dewan Kaki Tangan Puncak Niaga.
Perserta CHmtbR bersiap sedia dengan basikal dan kelengkapan masing-masing.

8:10pagi: Perserta kayuhan Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride dengan rasminya di lepaskan....berkayuh.....

berbagai halangan dan cabaran di tempuh....bukit, jambatan kayu, laluan sehala, laluan berair dan yang paling mencabar menurun bukit berbatu......

Ramai rider yang mengalami kekejangan otot, termasuk salah seorang rider CHmtbR. Mereka terpaksa di bawa keluar dari lalaun kayuhan mengunakan pacuan 4 roda. 

Terdapat juga yang mengalamai kecerderaan yang agak serious terpaksa diberikan rawata segera.

Lebih kurang jam 1:00petang: Ramai rides-rides telah berjaya menamatkan kayuhan dan upecara cabutan bertuah dijalankan...serta makan tengah hari.

2:30petang-3;00petang: Majlis cabutan bertuah tamat dan riders-riders bersurai.

Jom layan Gambar.

Dari lensa riders CHmtbR

Dari lensa, Ahmad Nasir 1. 2. 3

Kami dari Coutry Homes mtb Riders mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah bertungkus lumus untk menjayakan program kayuhan ini, serta diharapkan pihak PEKA dapat menganjurkan lagi kayuhan endurance ini lagi di tahun-tahun akan datang.

Sunday, January 8, 2012

JW Mountain Bike Carnival Kuala Lumpur 11 Mac 2012

Terkini info dari Sungai Selangor Endurance Ride


Laluan rasmi, dan terkini.


Note dari pihak penganjur.

Tarikh pengambilan Goodies adalah pada 13 Januari 2012 di Dewan Kakitangan Puncak Niaga,  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa II, Bestari Jaya dari jam 10.00 pagi ke 10.00 malam.
Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal jam 7.00 pagi pada 14 Januari 2012.

Check In - Jam 07:30 pagi - 08: 15 pagi


Perlepasan Peserta ( Flag Off ) - Jam 08:30 pagi.

Friday, December 23, 2011

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE -:-14 January 2012

 

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE
Tarikh - 14 Januari 2012 ( Sabtu ke 2 )
Jarak Kayuhan - off road 40 km ++
Yuran Penyertaan - RM 50.00
Tarikh Tutup Penyertaan - 01 Januari 2012

Setiap peserta akan menerima goodies bag, Jersey, sijil penyertaan, cabutan bertuah, makan pagi/tengahari sambil menyumbang kepada anak - anak yatim

' Ranking  Medals ' akan dianugerahkan kepada peserta yang menamatkan kayuhan mengikut kategori seperti di bawah :

Kategori Lelaki Terbuka ( 18 tahun - 39 tahun )
Tempat 1 - 100

Kategori Veteran ( 40 tahun ke atas )

Tempat 1 - 50


Kategori Wanita Terbuka
Tempat 1 - 30


Kategori PEKA
Tempat 1 - 20


Kategori Junior ( 13 tahun - 17 tahun )
Tempat 1 - 20

Disamping itu terdapat acara sampingan semasa kayuhan dijalankan seperti :

- Gerai makanan
- Majlis amal untuk anak - anak yatim
- Pertunjukan permainan RC
- Derma Darah
- Booth agensi kerajaan Polis, Bomba, Kementerian Kesihatan
- Permainan untuk keluarga
- Water Hunter
- Dart
- Sand Art
- Badut / Belon
- Sukaneka

dan banyak lagi...