Friday, December 30, 2011

SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE


Group MTB County Homes akan menyertai  ENDURANCE RIDE pada 14 jan 2012 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (PEKA)  iaitu kayuhan ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘ bertempat di Bestari Jaya, Selangor.

Penyertaan kayuhan yang disertai seramai 5 orang wakil tegar CHmtbR dan 1 orang import dari Ceras. Borang penyertaan dan slip pembayaran telah di hantar untuk pendaftaran penyertaan. Pihak admin blogs Country Homes mtb Riders telah diberi tanggunjawab untuk berkomunikasi dengan pihak penganjur bagi tujuan pendaftaran dan pekara-pekara lain.

Kepada akhli-akhli yang terlibat dalam penyertaan kayuhan  ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘ ini dapat memberi tumpuan dan latihan yang secukupnya bagi meletakkan group MTB Country Homes mtb Riders ini kenali dan disegani, dan bagi akhli-akhli yang tidak terlibat diharap dapat melengkapkan diri untuk sama-sama beraksi di penganjuran-penganjuran kayuhan yang lain.

Dibawah ini adalah nama-nama akhli yang menyertai kayuhan  ‘ SG. SELANGOR PHASE 2 ENDURANCE RIDE ‘.

1. Ahmad Zaki Abdullah
2. Ungku Ariffin Ungku Ahmad
3. Mohd. Rahim Bin Mohd. Keian
4. Shahidin Abu
5. Amirulshakir Bin Rahamat
6. MohammadSuhaili Othman

No comments:

Post a Comment