Wednesday, December 21, 2011

Angkatan Burung Hantu CHmtbR


20 Dis 2011, Geng-geng CHmtbR telah berjaya menganjurkan kayuhan yang bertajuk "Angkatan Burung Hantu CHmtbR". Angkatan ini yang pada mulanya disertai oleh 5 riders dan pada akhirnya hanya diserai oleh 4 orang riders, penarikan diri seorang riders adalah disebabkan kesihatan (beliau telah mengistiharkan yang beliau tidak sihat pada lingkungan jam 4ptg, di sokong oleh Dotor ). Walau pun hanya berbakikan 4 orang riders kayuhan Angkatan Burung Hantu CHmtbR tetap diteruskan.

Angkatan Burung Hantu CHmtbR telah bersetuju untuk mengunakan laluan Bandar Country Homes dan Laluan Bandar Emerald tetapi telah di tukar kepada laluan Bandar Country Homes dan Bandar Tasik Putri atas sebab-sebab laluan yang amat sibuk disebab kan hari kedua pembukaan pusat membeli belahJaya Jasco Rawang. 

 Kronologi:- 

Start
9:30malam: Bilatan Bandar Country Homes
- Berbincang untuk menukar laluan (Laluan sesak kerana ramai orang berkunjung ke Jasco)
- Laluan di ubah - Country Homes~Bandar Tasik Puteri
- Mengalualukan kehadiran akhli baru, Saudara Sani (rock kemenyan).



9:40 malam: Kayuhan dimulakan.

- Laluan amat merbahaya kerana keadaan yang gelap dan kenderaan yang agak banyak.
kami mengatur barisan yang mana perserta kayuhan yang tidak memiliki lampu yang terang dan lengkap berada ditengah dan peserta yang memiliki lampu yang lengkap berada dihadapan dan belakang.

Kayuhan berlangsung selama lebih kurang 2o~30 minit.

10:15 malam: Tiba di Bandar Tasik Puteri.
- Berehat di gerai sambil minum-minum dan bertukar-tukar cerita.
- Masa amat mencemburui.





11:00 malam: bertolak balaik ke Bandar Country Homes.
- Dalam perjalanan sesi bergambar kenang-kenangan.




11:45 malam : Sampai di Bandar Country Homes.

Bersurai.....

Kami mengalualukan penyertaan seberapa ramai rider untuk menyertai kami, kayuhan "Angkatan brung hantu" bagi bertujuan menambahkan stamina kayuhan dan menambah akhi baru Country Homes MTB Riders.




No comments:

Post a Comment